Thursday, October 23, 2008

Petang tadi, isteri kepada YAB Menteri Besar Kedah , Toh Puan Hajjah Faekah Bt Hamzah telah meluangkan masa lebih 3 jam untuk melawat kawasan yang dilanda banjir di Dun Anak Bukit. Beliau turut diiringi oleh Datin Norazmah Bt Othman, isteri kepada YB Dato' Fahrolrazi Zawawi, Puan Hamimah Bt Abd Rahman, isteri kepada YB Hj Amiruddin Hamzah, dan Pn Zakiah Baharom yang juga ketua muslimat Pas Kuala Kedah.

Beliau juga mengambil peluang melawat mangsa banjir di dua buah pusat penempatan iaitu di SK Gunong dan SK Titi Gajah.
Konvoi yang diketuai oleh YB Mohd Nasir Mustafa itu telah meredah kawasan yang sememangnya tidak boleh dimasuki oleh kenderaan ringan iaitu laluan ke Alor Melintang. Semasa di Alor Melintang, Toh Puan Faekah berkesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga malang di situ.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger