Saturday, November 22, 2008

Program Khatan DPPKK
















Anak Bukit 23 Nov

Majlis khatan beramai ramai anjuran DPPK.Kedah telah mendapat sambutan luar biasa dari kalangan ibu bapa di sini.

Program hari ini merupakan hari terakhir setelah majlis di Pengkalan Kundur,dan Kubang Rotan.

Majlis telah di mulai dengan peserta khatan mandi air dari pancuran bomba dari alor setar.

YB Tn Hj Ir Amerrudin Hamzah telah merasmikan majlis tersebut.

Seramai 45 orang telah menyertai program khatan ini.

Peserta dari Bukit Kayu Hitam,Tanjung Malim,Bentong Pahang dan Langkawi telah mengambil kesempatan dengan cuti sekolah pada tahun ini.

Pengarah Program Sdr Muhammad Othman berkata" Saya berharap agar DPP di semua kawasan seluruh negeri Kedah boleh menganjurkan program ini yang merupakan satu sumbangan kepada masyarakat dan harapan juga agar pada tahun hadapan penyertaan dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah akan memeriahkan lagi majlis ini"










Semetara di DUN Kubang Rotan Yb Sdr Mohd Nasir Mustaffa telah merasmikan program tersebut .

Tok Mudim Tn Hj Samad yang merupakan tok mudim untuk program ini telah berjasa selama 15 tahun bersama DPPKK dalam program ini.










Keseluruhan peserta bagi ke tiga tiga DUN seramai 117 orang.

Sunday, November 2, 2008

Program Khatan anjuran DPP Kuala Kedah


Lajnah Kebajikan DPP Kuala Kedah akan menganjurkan program khatan beramai-ramai diketiga-tiga Dun dalam kawasan Kuala Kedah pada 20, 21 dan 23 Nov 2008.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh DPPKK. Sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hubungi sdr Mohamad Othman 019 4461747 (Dun Anak Bukit) , sdr Radzi Said 013 4450412 (Dun Pengkalan Kundur) atau sdr Ramli Shafie 017 4262270 (Dun Kbg Rotan). Tempat adalah terhad.

Tuesday, October 28, 2008

Gambar jamuan aidilfitri PASTI Kuala Kedah











Majlis Jamuan Aidilfitri PASTI Kawasan Kuala Kedah

Pasti kawasan Kuala Kedah telah mengadakan majlis jamuan aidilfitri pada 25.10.08 yang lalu bertempat di perkarangan markas Pas Kawasan Kuala Kedah. Kehadiran pengunjung adalah diluar jangkaan apabila program yang sepatutnya bermula pukul 4 petang telah mula dipenuhi sejak jam 3 petang lagi.


Dalam kesibukan mengharungi banjir yang melanda Dun Anak Bukit, suasana jamuan tetap meriah dengan kehadiran lebih 2000 pengunjung.

Monday, October 27, 2008

Banjir di DUN Anak Bukit pulih sepenuhnya

Saturday, October 25, 2008

TV9 menangkis berita TV3

23 Hb Okt,Anak Bukit.

TV9 lebih telus dalam menyiarkan berita Negeri Pakatan Rakyat. Sikap tidak beretika tv3 melalui berita pada 22hb Okt yang menyatakan bahawa tiada YB dari kerajaan negeri turun membantu mangsa banjir di kawasan tersebut amat di kesali.

Pada 23hb Okt,TV9 telah menyiarkan berita bagaimana YB Mohd Nasir Mustaffa ADUN Kubang Rotan telah bertungkus lumus membantu dan memberi keselesaan kepada semua mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik.
http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=57&ShowID=302&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=11835&EpID=16049#anchorVid
ninjahijau37.blogspot.com

Friday, October 24, 2008

Lagi gambar banjir di Dun Anak Bukit

































Thursday, October 23, 2008

BERAMAL KERANA ALLAH

Sdr Jamil sedang menyediakan makanan untuk mangsa banjir (23.10.08..7.00mlm)

Hari ni abg li tak masak gulai daging, dia masak sambal telur.

Penyelaras Amal Kuala Kedah, Mohd Fuad Lazim sedang berehat, letih, dah berapa hari tak tidur.





Ahmad Najmuin, antara yang membantu menyediakan makan malam.



Gambar lawatan isteri Menteri Besar Kedah ke kawasan banjir di sekitar Dun Anak Bukit


Di SK Titi Gajah

Kpg Alor Berah.. masa banjir 2005 dulu, jalan ni pu tenggelam.


Kereta masuk ke dalam air, air masuk ke dalam kereta. Tuan punya kereta, sdr Mohd Radzi Said yg juga timb ketua DPP Kuala Kedah pun dah mula risau.




Air sungai hampir melepasi paras jambatan




Jabatan Pertahanan Awam turut mengiringi rombongan ini






YB Nasir sedang bertanya khabar kepada seorang mangsa banjir.








Terpaksa meredah air.









Menyampaikan sumbangan di SK Gunung.












Petang tadi, isteri kepada YAB Menteri Besar Kedah , Toh Puan Hajjah Faekah Bt Hamzah telah meluangkan masa lebih 3 jam untuk melawat kawasan yang dilanda banjir di Dun Anak Bukit. Beliau turut diiringi oleh Datin Norazmah Bt Othman, isteri kepada YB Dato' Fahrolrazi Zawawi, Puan Hamimah Bt Abd Rahman, isteri kepada YB Hj Amiruddin Hamzah, dan Pn Zakiah Baharom yang juga ketua muslimat Pas Kuala Kedah.

Beliau juga mengambil peluang melawat mangsa banjir di dua buah pusat penempatan iaitu di SK Gunong dan SK Titi Gajah.
Konvoi yang diketuai oleh YB Mohd Nasir Mustafa itu telah meredah kawasan yang sememangnya tidak boleh dimasuki oleh kenderaan ringan iaitu laluan ke Alor Melintang. Semasa di Alor Melintang, Toh Puan Faekah berkesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga malang di situ.

Tiada tanda-tanda banjir akan surut

Inilah keadaan semasa melalui Pulau Kerengga (23.10.08.. jam 4.30 ptg)


Suasana ketika di Alor Melintang.














Kampung Alor Madi (22-10-08.. jam 8.30 malam)


Wednesday, October 22, 2008












Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger