Wednesday, October 22, 2008











Banjir di DUN Anak Bukit

Banjir di Kota Setar semakin kritikal terutama di kawasan Dun Anak Bukit yang melibatkan beberapa buah kampung antaranya Alor Pial, Alor Melintang, Alor Ghoncar, Tanjung Bedil, Titi Gajah, Seberang Anak Bukit, Alor Senjaya, Alor Ganu, Alor Madi, Gunung Keriang dan Sungai Baru.
Menurut Penyelaras Unit Amal DPP Kws Kuala Kedah, Mohd Fuad Md Lazim, sejumlah lebih dari 200 0rang mangsa banjir telah di pindahkan ke tiga tempat pemindahan antaranya SK Gunung, SK Titi Gajah dan Sekolah Wawasan Taman Aman.
DPPKK dengan kerjasama PKWR Anak Bukit dan PKWR Kbg Rotan telah membuka Bilik Gerakan Banjir di pejabat MTD Anak Bukit bagi memudahkan segala urusan bantuan.
Petang tadi DPPNK yang diketuai oleh Ust Musaddak, telah turun ke tempat pemindahan untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Kesempatan ini DPPKK ingin merayu kepada orang ramai untuk sama2 menyalurkan bantuan samada tenaga atau wang ringit bagi meringankan beban mangsa2 banjir. Bantuan boleh disalurkan kepada 'DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH' (02011010432567 -BIMB) atau boleh berhubung terus dengan Bendahari DPPKK, sdr Abd Razak Osman -019 5706867.

Wednesday, October 8, 2008







Program sampaikan sumbangan kepada guru pasti kws Kuala Kedah di surau Tambak Bunga, DUN Kbg Rotan.






Tamrin Ramadhan anjuran lajnah tarbiyah DPPNK di Masjid Kg Rotan yang juga di sertai oleh ajk DPP kws2. Gambar semasa waktu bersahur.



Sampaikan bantuan kepada beberapa keluarga di Kuala Kedah serta berbuka puasa bersama mereka





Semasa menyertai DPPNK ke Baling untuk menyampaikan sumbangan Aidil Fitri


Tuesday, September 16, 2008

IFTAR PERDANA DI MARKAS PAS KUBANG ROTAN

Dewan Pemuda Pas Kws Kuala Kedah akan menganjurkan program Iftar Perdana dan tahlil pada hari Khamis, 18 Ramadhan 1429 , bersamaan 18 Sept 2008.

Program yang dijangka dihadiri oleh lebih 600 orang itu adalah dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan dan PASTI Kws Kuala Kedah dan 200 orang daripadanya ialah ahli Kelab Penyokong Pas. Antara tetamu yang hadir ialah ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Anak Bukit, YB Amiruddin Hamzah dan MP Kuala Kedah, YB Ahmad Kassim.

Majlis yang akan bermula pukul 6 petang itu, akan dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua DPPKK, Sdr Helmi Khalid dan disusuli oleh Setiausaha PAS Kws, YB Mohd Nasir Mustafa. Tazkirah akan disampaikan oleh wakil Dewan Ulama PAS Kedah seterusnya memimpin bacaan tahlil.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger