Monday, July 7, 2008

Karnival Jom PROTES 6 JULAI 08 Di Kelana Jaya

DPP Kuala Kedah telah berjaya menghantar rombongan seramai 40 orang peserta ke Karnival Jom PROTES yang berlangsung di Stadium MPPJ pada hari Ahad 6 Julai 08 yang lalu. DPP Langkawi juga telah menghantar 5 orang pemudanya menyertai rombongan DPPKK.
DPPKK sebelum ini telah menganjurkan rombongan ke karnival ini dengan menaiki keretapi. Malangnya tiket keretapi telah habis ditempah oleh pelajar2 IPT seperti dimaklumkan oleh pihak KTMB. Maka , beberapa pemuda kawasan yang bercadang menaiki keretapi , terpaksa membatalkan rancangan mereka kerana DPPKK tidak dapat menyediakan bas yang mencukupi.

Mungkin ada dikalangan pemuda berasa kesal kerana tidak dapat hadir ke 'karnival' itu. Tidak ada apa yang patut anda kesali , malah, anda sepatutnya bersyukur kerana tidak hadir.Kami yang hadir pula berasa kesal.. amat-amat kesal. Malu. Malu kepada pemuda2 yang baru berjinak-jinak dengan Parti Islam Semalaysia, yang baru pertama kali hadir ke demontrasi (kununnya). Mereka beranggapan, walaupun tidak seperti demontrasi BERSIH , mungkin mirip seperti itu. Rupa-rupanya......... entahlah....... tidak ada ayat untuk di tulis di sini.

Inilah akibatnya apabila sesuatu program itu tidak diurus dengan baik. Terlalu mengambil mudah. Tidak ada lagikah ruang perbincangan? Takkanlah kumpulan rock itu hadir tanpa diundang.
Kami tidak tahu kepada siapakah patut diluahkan perasaan marah ini. Jangan salahkan kami sekiranya selepas ini pemuda2 kami sudah tidak mahu lagi hadir ke demontrasi yang dianjurkan. Oppss.. maaf... bukan pemuda2 kami.. tapi kami sendiri yang tak akan hadir.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger