Tuesday, September 16, 2008

IFTAR PERDANA DI MARKAS PAS KUBANG ROTAN

Dewan Pemuda Pas Kws Kuala Kedah akan menganjurkan program Iftar Perdana dan tahlil pada hari Khamis, 18 Ramadhan 1429 , bersamaan 18 Sept 2008.

Program yang dijangka dihadiri oleh lebih 600 orang itu adalah dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan dan PASTI Kws Kuala Kedah dan 200 orang daripadanya ialah ahli Kelab Penyokong Pas. Antara tetamu yang hadir ialah ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Anak Bukit, YB Amiruddin Hamzah dan MP Kuala Kedah, YB Ahmad Kassim.

Majlis yang akan bermula pukul 6 petang itu, akan dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua DPPKK, Sdr Helmi Khalid dan disusuli oleh Setiausaha PAS Kws, YB Mohd Nasir Mustafa. Tazkirah akan disampaikan oleh wakil Dewan Ulama PAS Kedah seterusnya memimpin bacaan tahlil.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger