Saturday, June 14, 2008

Muktamar DPPNK Ke 42

Perwakilan DPP Kuala Kedah di Muktamar DPPNK di Kompleks PAS Kedah, Batu 9

1 comments:

Citra said...

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/85656
700 anggota Unit Amal PAS tarik diri
Jimadie Shah Othman Jul 6, 08 4:22pm
Kesemua 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya telah menarik diri kerana tidak puashati dengan persembahan sebuah kumpulan muzik petang tadi.Kumpulan seramai empat anggota itu dikenali sebagai kumpulan muzik 'Lawan Tetap Lawan' yang dijemput membuat persembahan di majlis tersebut.Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka.
Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.
Mereka sepatutnya menyampaikan tujuh lagi di majlis tersebut. Mereka memulakan persembahan pada jam 2.30 petang tadi.Menurut seorang anggota kumpulan tersebut, Ahmad Nizamuddin Abdullah, juruacara majlis tersebut menegur persembahan mereka selepas lagu pertama.
Bagaimanapun, mereka meneruskan juga dan lepas lagu ketiga, Hishammudin Rais meminta mereka menghenti persembahan.
Beliau berkata, pihaknya diberitahu yang lagu-lagu yang mereka persembahkan, tidak sesuai dengan majlis tersebut.Sementara itu, Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim mengesahkan yang pihaknya menarik dari daripada majlis tersebut.
Mereka adalah antara 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.Yang lainnya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).

----------------------------------------------------------------------------
Saya yakin isu ini akan menjadi modal kepada Utusan Malaysia, TV3 menabur limau fitnah lagi kepada PAS kononnya PAS bersetuju dengan hiburan tayang pungkoq. Atau PAS sudah menggadai Islam kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tak kisah dengan adegan tayang pungkor ini. Kalau mereka kisah, tentu mereka tidak membenarkan konsert Ella. Dan PAS pula terpaksa menelan tindakan rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya, PAS bertindak demikian kerana prinsip amar makruf nahi mungkar yang menjadi prinsip PAS sejak sekian lama. Bukan PAS sahaja, tetapi prinsip Islam. Walau bagaimana pun, PAS seharusnya sedar bahawa pemeintahan ini bukanlah pemerintahan PAS. PAS jangan sekali berangan untuk menjadi kepala kepada gabungan ini.

Dalam keadaan negara Malaysia yang berbilang etnik ini, PAS sepatutnya lebih realistik. Prinsip amar makruf nahi mungkar tu prinsip la. Tapi kalau orang tak mahu ikut. kita bukannya berdosa apa-apa. Kalau mereka tetap nak tayang pungkoq atau nak goyang gerudi atau geruda, itu telah menjadi hak mereka. Merekalah yang bertanggungjawab. Tugas PAS hanyalah memberitahu. Wama 'alaina illal balagh. Dan Lau anfaqta maa fil ardz jamii'an, maa allafta baina quluubihim, walaakinna Allah allafa baina quluubihim. Itu PAS kena sedar dan kena realistik.

Pemuda PAS yang berkongres di Kota Sarang Semut pada satu ketika dulu (saya pun pi juga dengar ceramah berapi-api daripada al-Tantawi tu) juga perlu sedar, bahawa memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh oleh PAS juga bukanlah jalan yang terbaik. Pemuda PAS sepatutnya bertanya, berapakah orangkah Pemuda PAS yang menjadi Hakim yang boleh mengadili kes-kes jenayah Islam? Berapa orang pulakah di kalangan Dewan Ulama PAS yang beleh menjadi hakim di Mahkamah dan berkelayakan menjatuhkan hukuman. Berapa orangkah Pemuda PAS yang menjadi peguam yang boleh membela tertuduh atau menjadi pendakwa? Jangan hanya minta laksanakan hudud tetapi pengisian kepada perlaksanaan hudud itu kosong. Lompang.

Kalau saya bertanya lagi kepada Pemuda PAS dan Ulama PAS, berapa orangkah yang dihukum potong tangan sepanjang sejarah orang-orang Islam dari zaman Nabi hinggalah sebelum Barat menukar undang-undang Islam dengan undang-undang barat, agak-agak mereka dapat memberikan jawapan tak? Siapa mereka yang pernah dipotong tangan, berapa nilaian harta yang mereka curi?

Di dalam kes ini, sepatutnya Pemuda PAS memandang dari perspektif lain. Hudud dinamakan hudud untuk meletakkan had maksima yang boleh dijatuhkan kepada pencuri. Bukan semua pencuri boleh dipotong tangan. Sebabnya pada zaman dahulu, sesiapa yang mencuri dihukum bunuh. Jadi untuk menghalang pencuri dibunuh kerana kesalahan curi tidak layak dibunuh, maka hukuman maksima yang boleh dijatuhkan kepada pencuri adalah memotong tangan. Potong tangan itu adalah had maksima. Potong tangan juga boleh bermaksud menghalang seseorang pencuri itu mencuri lagi. Contohnya seseorang yang suka menampar pungkoq orang lain, maka kalau orang itu melakukan perbuatan menampar pungkoq itu dilihat oleh orang Arab, dia akan mendoakan agar tangan orang itu dipotong oleh Allah yangbermaksud supaya dia tidakmenampar pungkoq orang lagi (Qatta'a Allah yadaka).

Perkara yang kedua ialah kenapa orang sekular takutkan undang-undang Islam ialah kerana mereka melihat hakim dalam undang-undang sekular boleh dibeli sekupang dua. Boleh diugut. Hakim gula-gula hackslah. Hakim yang diugut supaya jangan membuat keputusan yang menyebelahi oposisi. Sekiranya hakim ini yangmenjatuhkan hukuman potong tangan, maka aniayalah pencuri itu walau dia bersalah sekalipun. Sebab itu, hukuman syariah perlu bermula dengan reformasi kehakiman. Kalau rakyat sudah mulai yakin dengan sistem kehakiman, hakim yang adil, yang takutkan Allah bukannya sayangkan jawatan, yang bertakwa bukannya hakim yang melancong bersama secara tidak sengaja, pada masa itu bukan kata potong tangan, potong urat perut pun rakyat boleh terima.

Ish...apa yang saya merapu ni? Bukan merapu. Inilah hakikatnya. PAS jangan sombong kata dia kuat. PAS menang ni kerana rakyat dah meluat sama Be End. Mereka beri Pakatan Rakyat peluang. Tapi kalau pakatan rakyat tidak berpakat sungguh-sungguh, masing-masing nak berjulung keris masing-masing, kita lihatlah PRU13 nanti. DAP dengan asyik nak pertahan kesekularan mereka. PAS dengan prinsip Islam tanpa hikmah mereka. PKR dengan prinsip apatah, saya pun tak tahu. Maka kita lihat apa hukuman rakyat kepada mereka.

Kaum india memberi kepercayaan kepada pakatan rakyat kerana mereka memang terkebelakang. Baik dalam ekonomi, politik, pendidikan dan pekerjaan. Mereka hidup macam filem hindustan. Yang kaya duduk di rumah banglo yang ada tangga melengkung kiri kanan. Yang miskin kutip makanan dari tong sampah. Harap Paddayappa tolong mereka sahaja. Mereka perlu dibantu dan diberi hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Pemimpin mereka perlu menggesa mereka mengubah paradigma hidup. Mengubah beberapa budaya hidup yang tidak hadhari. Pakatan Rakyat harus menjadikan agenda orang India sebagai satu agenda penting juga.

Begitu juga dengan orang Cina. Bukan tidak ada orang cina yang susah. baik di kampung atau di bandar. Ada yang kais pagi makan pagi kais petang simpan untuk dimakan pada pagi esok. Saya hendak mencadangkan pun takut dikata melanggar hukum Islam oleh Pemuda PAS atau Mufti Perlis. Kan mereka tu bisa. Mufti Perlis lagi bisa. Cakap dia laku di mana-mana. Kalau India susah, Cina susah, kenapa Kerajaan tidak memberi zakat kepada mereka? Kutiplah zakat daripada orang ISlam dan berikan kepada Islam, Melayu, India dan Cina. Tidak bolehkah? Pemuda PAS nak kata apa pulak? Barulah nampak negara kebajikan ala PAS. Ini asyik dok menonjolkan hukum hudud sahaja yang mereka pun bukantahu sangat pun. Jangan marah Pemuda PAS!

Kesimpulannya, gunakanlah kesempatan yang Allah berikan ini untuk menonjolkan kebaikan Islam. Tonjolkan aspek Islam yang boleh menjadi world.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger