Wednesday, September 9, 2009

Mengintai Lailatul Qadar



Bersama PKWR Kubang Rotan mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan.....


"Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua" - Helmi Khalid

RM 600 Ribu Untuk SAR


Alhamdulillah, sebanyak RM 600 Ribu telah diagihkan kepada 21 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri Kedah.


Sumbangan telah disampaikan oleh YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.


Sumbangan adalah mengikut keperluan sekolah masing-masing itu adalah untuk kali kedua sepanjang Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negeri Kedah.


Majlis yang berlangsung pada 8 September 2009 lalu membuktikan keperihatinan pihak kerajaan terhadap perkembangan pendidikan Islam di negeri ini.


Sebelum ini, kerajaan negeri turut menyumbang sebanyak RM 150 ribu kepada 3 buah sekolah persendirian jenis kebangsaan cina terdiri dari Sekolah Sin Min Alor Setar dan Sungai Petani serta Sekolah Menengah Keat Hwa, Alor Setar.

Pakat-Pakat Mai Dengaq Ceramah Bang Mat Di Kbg. Rotan


SPR Hina Sultan Kedah ???

SPR Hina Undang-Undang Kedah ???

SPR Lebih berKUASA dari mana-mana Undang-Undang ???

SPR lebih tinggi dari kuasa SPEAKER ???

Ikuti kupasan oleh 2 Tokoh:

  • YBHG. TUAN HAJI MOHD SABU (AJK PAS Pusat)
  • YB. MOHD. NASIR MUSTAFA (ADUN Kubang Rotan)

Anjuran: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah

Friday, May 22, 2009

Barisan kepimpinan DPP Kuala Kedah bagi sesi 2009-2011

Mesyuarat Agung DPP Kuala Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 11hb April 2009 bertempat di dewan SRIDU.
Sila rujuk senarai kepimpinan bagi sesi 2009-2011 di sebelah. DPP Kuala Kedah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jazakallah kepada 5 orang mantan ajk yang tidak meneruskan khidmat dalam DPP Kuala Kedah atas faktor usia. Mereka ialah Sdr Abd Razak Osman, Sdr Mohd Shukri Omar, Sdr Fakhri Ahmad, Sdr Fazly Mahmud dan Sdr Zullkifli Darus.

Monday, February 9, 2009




Semua lapisan masyarakat dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat terkini yang benar lagi sahih.. Isu panas di negeri Perak & berita terkini 2 'bukit'...

Mari beramai - ramai mendapatkan maklumat terkini terus dari sumber sebenar.

Saturday, November 22, 2008

Program Khatan DPPKK
















Anak Bukit 23 Nov

Majlis khatan beramai ramai anjuran DPPK.Kedah telah mendapat sambutan luar biasa dari kalangan ibu bapa di sini.

Program hari ini merupakan hari terakhir setelah majlis di Pengkalan Kundur,dan Kubang Rotan.

Majlis telah di mulai dengan peserta khatan mandi air dari pancuran bomba dari alor setar.

YB Tn Hj Ir Amerrudin Hamzah telah merasmikan majlis tersebut.

Seramai 45 orang telah menyertai program khatan ini.

Peserta dari Bukit Kayu Hitam,Tanjung Malim,Bentong Pahang dan Langkawi telah mengambil kesempatan dengan cuti sekolah pada tahun ini.

Pengarah Program Sdr Muhammad Othman berkata" Saya berharap agar DPP di semua kawasan seluruh negeri Kedah boleh menganjurkan program ini yang merupakan satu sumbangan kepada masyarakat dan harapan juga agar pada tahun hadapan penyertaan dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah akan memeriahkan lagi majlis ini"










Semetara di DUN Kubang Rotan Yb Sdr Mohd Nasir Mustaffa telah merasmikan program tersebut .

Tok Mudim Tn Hj Samad yang merupakan tok mudim untuk program ini telah berjasa selama 15 tahun bersama DPPKK dalam program ini.










Keseluruhan peserta bagi ke tiga tiga DUN seramai 117 orang.

Sunday, November 2, 2008

Program Khatan anjuran DPP Kuala Kedah


Lajnah Kebajikan DPP Kuala Kedah akan menganjurkan program khatan beramai-ramai diketiga-tiga Dun dalam kawasan Kuala Kedah pada 20, 21 dan 23 Nov 2008.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh DPPKK. Sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hubungi sdr Mohamad Othman 019 4461747 (Dun Anak Bukit) , sdr Radzi Said 013 4450412 (Dun Pengkalan Kundur) atau sdr Ramli Shafie 017 4262270 (Dun Kbg Rotan). Tempat adalah terhad.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger