Saturday, November 22, 2008

Program Khatan DPPKK
















Anak Bukit 23 Nov

Majlis khatan beramai ramai anjuran DPPK.Kedah telah mendapat sambutan luar biasa dari kalangan ibu bapa di sini.

Program hari ini merupakan hari terakhir setelah majlis di Pengkalan Kundur,dan Kubang Rotan.

Majlis telah di mulai dengan peserta khatan mandi air dari pancuran bomba dari alor setar.

YB Tn Hj Ir Amerrudin Hamzah telah merasmikan majlis tersebut.

Seramai 45 orang telah menyertai program khatan ini.

Peserta dari Bukit Kayu Hitam,Tanjung Malim,Bentong Pahang dan Langkawi telah mengambil kesempatan dengan cuti sekolah pada tahun ini.

Pengarah Program Sdr Muhammad Othman berkata" Saya berharap agar DPP di semua kawasan seluruh negeri Kedah boleh menganjurkan program ini yang merupakan satu sumbangan kepada masyarakat dan harapan juga agar pada tahun hadapan penyertaan dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah akan memeriahkan lagi majlis ini"










Semetara di DUN Kubang Rotan Yb Sdr Mohd Nasir Mustaffa telah merasmikan program tersebut .

Tok Mudim Tn Hj Samad yang merupakan tok mudim untuk program ini telah berjasa selama 15 tahun bersama DPPKK dalam program ini.










Keseluruhan peserta bagi ke tiga tiga DUN seramai 117 orang.

Sunday, November 2, 2008

Program Khatan anjuran DPP Kuala Kedah


Lajnah Kebajikan DPP Kuala Kedah akan menganjurkan program khatan beramai-ramai diketiga-tiga Dun dalam kawasan Kuala Kedah pada 20, 21 dan 23 Nov 2008.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh DPPKK. Sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hubungi sdr Mohamad Othman 019 4461747 (Dun Anak Bukit) , sdr Radzi Said 013 4450412 (Dun Pengkalan Kundur) atau sdr Ramli Shafie 017 4262270 (Dun Kbg Rotan). Tempat adalah terhad.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger